About the cuisine

Our food is a delicious blend of flavours coming from the Malays,Chinese,India and indigenous communities living in Malaysia

Saturday, October 12, 2024


 

MYSORE PAK

150 gm tepung kacang kuda

200 gm ghee

200 gm minyak jagung

1 s/t serbuk buah pelaga

300 gm gula

½ cawan air

Kacang pistachio

1.    Campurkan 100 gm minyak dengan tepung kacang kuda kacau sebati,ketepikan

2.    Campur minyak yang lebih dengan ghee masuk dalam periuk kecil dan panaskan hingga ghee cair.  Ketepikan.

3.    Masak gula dengan air hingga menjadi sirap dengan api yang kecil. Ambil sedikit air dalam piring kecil dan titiskan sedikit syrup ke dalam air jika sirap berbentuk bola dan tidak cair itu tanda nya boleh di masuk nya adunan kacang.

4.    Kecilkan api dan tuangkan adunan kacang sambil di kacau. Kacau sebati. Kacau terus tak boleh berhenti. Masukkan sedikit ghee cair dan terus kacau bila ghee dah sebati masuk lagi ghee dan kacau hingga ghee dah habis. Masukkan serbuk buah pelaga dan kacau  tuangkan ke dalam Loyang dan biarkan sejuk baru potong. Tabur dengan kacang pistachio.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.