MYSORE PAK
150 gm tepung kacang kuda
200 gm ghee
200 gm minyak jagung
1 s/t serbuk buah pelaga
300 gm gula
½ cawan air
Kacang pistachio
1. Campurkan 100 gm minyak dengan tepung kacang kuda kacau sebati,ketepikan
2. Campur minyak yang lebih dengan ghee masuk dalam periuk kecil dan panaskan hingga ghee cair. Ketepikan.
3. Masak gula dengan air hingga menjadi sirap dengan api yang kecil. Ambil sedikit air dalam piring kecil dan titiskan sedikit syrup ke dalam air jika sirap berbentuk bola dan tidak cair itu tanda nya boleh di masuk nya adunan kacang.
4. Kecilkan api dan tuangkan adunan kacang sambil di kacau. Kacau sebati. Kacau terus tak boleh berhenti. Masukkan sedikit ghee cair dan terus kacau bila ghee dah sebati masuk lagi ghee dan kacau hingga ghee dah habis. Masukkan serbuk buah pelaga dan kacau tuangkan ke dalam Loyang dan biarkan sejuk baru potong. Tabur dengan kacang pistachio.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.