ISKUIT GHEE
125 gm ghee
125 gm gula caster
1 s/m susu tepung,campur dengan tepung
250 gm tepung
Secubit garam
Cherry hijau dan cherry merah dipotong kecil2
1. Pukul gula,ghee dan garam hingga sebati.
2. Masuk tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh dan uli menjadi bola kecil letak buah cerry di atas nya dan atur diatas Loyang.
4. Bakar dengan suhu 160c selama 15-20 minit atau hingga masak. Sejukkan dan simpan dalam tin.
BIRYANI AYAM AMBUR
400 gm (2 cawan) beras basmathi,direndam ½ jam dan di-tuskan
1 kg ayam,potong sederhana besardan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit peram 1 jam.
21/2 cawan air
½ cawan santan
2 biji bawang besar,dihiris halus
2 biji tomato,dicencang
4 tangkai chilie hijau,dibelah dua dan potong dua.
3 s/m pes halia/bawang putih
½ cawan daun ketumbar, cencang
½ cawan daun pudina,cencang
1 cawan yoghurt
50 gm gajus
50 gm kismis
3 s/m minyak masak
3 s/m ghee
1 s/t teh jus limau nipis,jika suka
Garam dan cube ayam secukup rasa
Bahan masala:
2-3 s/t serbuk chilie
1 s/m serbuk garam masala
1 s/t serbuk kunyit
1 s/m serbuk ketumbar
1 s/t serbuk jintan putih
Bahan tumis:
1 s/t jintan putih
1 s/t jintan manis
1 batang kayu manis
4 tangkai bunga cengkih
4 biji buah pelage
1 helai bay leaf
1. Panaskan minyak dan ghee masuk bahan tumis kacau rata. Masukkan bawang dan tumis hingga bawang menjadi light brown. Masukkan pes bawang dan kacau rata dan tumis hingga hilang bau bawang putih.
2. Masuk chilie hijau dan kacau rata. Masuk tomato dan bahan masala dan kacau rata dan masak hingga tomato sebati. Masuk bahan masala dan kacau rata dan tumis hingga naik minyak. Masuk yoghurt dan kacau rata.
3. Masuk ayam dam kacau hingga sebati. Biar sampai ayam menjadi putih dan keluar air. Tuangkan air dan santan masuk semua bahan lain kecauli beras. Suaikan rasa.
4. Masuk beras kedalam periuk rice cooker dan tuangkan lauk ayam keatas nya tak payah kacau. On rice cooker dan masak hingga nasi masak.
Nota: Ini ada lah cara orang Tamil menbuat biryani. Sukatan air kena sesuai dengan beras.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.